|
|
| Thursday, 7-Feb-2008 07:20 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kem Kepimpinan PKPIM di Pulara,Perak
|
|
Pada 1-3 Februari yang lalu, PKPIM telah mengadakan kepimpinan Islam di Perak. Program ini sangat menarik kerana ia banyak melatih kita menjadi pemimpin Islam yang sejati. Selain itu, program ini juga memberi pendedahan tentang isu semasa yang melanda umat Islam hari ini yang memerlukan keterlibatan kita dalam arena dakwah ini. Ilmu yang diberikan oleh para penceramah membakar semangat pejuang Islam yang tidak sabar-sabar untuk turun ke masyarakat. Oleh itu, program ini sangat menarik dan penuh dengan pembudayaan ilmu yang tidak akan dapat jika kita hanya menjadi ulat buku atau berada di dalam kuliah sahaja. Wassalam
|
|
|
|
|
|
| Friday, 28-Dec-2007 19:12 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kem Remaja Anak Soleh
|
|
Kem Remaja merupakan satu pgram tahunan yang diadakan khas untuk pelajar sek rendah dan menengah. Pgrm yang diadakan di masjid ni merupakan satu inisiatif untuk memakmurkan masjid di samping mengajak orang ramai mengimarahkannya. Peserta yang menyertai pgrm ini kebanyakannya terdiri dari umur 12-17 tahun. Selain itu, peserta juga didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang berbentuk motivasi,ibadah dan sebagainya. Semoga program ini dapat diteruskan selari dengan matlamat untuk membina tamadun khayra umaah. Syukran.
|
|
|
|
|
|
| Friday, 21-Dec-2007 12:25 |
Email | Share | | Bookmark |
|
McLead
|
|
Mclead ini adalah satu pgrm kepimpinan UIA. Ia banyak menceritakan tentang siapakah kita sebenarnya,bagaimana hendak menjadi pemimpin dan sebagainya. Selain itu, ia juga menerangkan tentang cara-cara untuk membuat program di UIA. Program ini bertempat di sungkai perak pada 14-16 disember yang lalu.. Secara keseluruhannya program ini memang menarik dan penuh dengan aktiviti kepimpinan yang sebenar.
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 20-Dec-2007 02:08 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Pgrm Orang Asli
|
|
Pada 7-9 Disember yang lalu,saya berkesempatan mengikuti program orang asli ke Gua Musang. Tetapi saya dan rakan saya tidak sempat untuk naik ke kampung itu kerana cuaca yang buruk dan keadaan muka bumi yang tidak elok untuk di daki. Maka,kami terpaksa berkampung di hendrop,berdekatan dengan sekolah rendah hendrop,gua musang. Walaupun saya tidak dapat melawat ke kampung itu,tetapi saya dapat banyak ilmu yang berguna semasa berkampung di hendrop ini. Semoga pada hari lain saya berkesempatan melawat kampung orang asli ini.
|
|
|
|
|
|
| Friday, 30-Nov-2007 18:48 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kursus Kepimpinan ABIM
|
|
Kursus kepimpinan ini banyak menyentuh tentang 5 persoalan untuk menjadi pemimpin. Siapakah,apakah,mengapakah,bilakah,dan bagaimanakah. Semua persoalan itu terjawab dengan menghadiri program ini. Selain itu,program anjuran ABIM dengan kerjasama Jabatan Belia Dan Sukan ini banyak menyentuh tentang jati diri setiap manusia agar menjadi pemimpin Islam yang berkaliber. Di samping itu,penceramah yang hebat juga diundang oleh mereka seperti Prof.Dr. Redzuan Othman,YDP ABIM NS sendiri dan ramai lagi turut membantu dalam menggilap bakat kepimpinan setiap individu. Akhir kata,semoga kita menjadi seorang mukmin yang sejati yang sentiasa memikirkan masalah umatnya. Wasssalam...
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 18-Nov-2007 12:20 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Program Tafaqquh Fi Al Din
|
|
Program penghayatan agama yang dianjurkan oleh yayasan sofa negeri sembilan di Rembau pada 18-25 November yang lepas. Program yang berbentuk kerohanian ini banyak mengajar setiap jiwa muslim menuju rabbnya dalam masa yang sama mendapat banyak ilmu yang tidak ternilai harganya. Semoga diri ini terus istiqamah dengan jalan ini. Insya Allah..
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 15-Nov-2007 21:22 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Latihan Keusahawanan Siswa(LKS)
|
|
Latihan keusahawanan ini banyak mengajar kita tentang pentingnya kita berniaga untuk masa depan. Memandangkan gejala pengangguran yang kian meningkat, kita perlu mencari kaedah yang lain untuk mendapatkan sumber kewangan selain daripada makan gaji. Program ini banyak berbentuk santai yang membuatkan perserta mudah untuk bertanya dan bersoal jawab sesama penceramah. Antara penceramah yang diundang khas adalah pengurus besar Syarikat Otai Sdn Bhd. Syarikat ini adalah Syarikat Burger yang berjaya di negara ini. Oleh itu, katakan ya kepada usahawan.
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 27-Sep-2007 10:36 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Bengkel Penghayatan Ramadhan
|
|
Bengkel ini diadakan pada bulan ramadhan yang lepas. Objektif bengkel ini adalah lebih untuk menghayati kelebihan ramadhan dan mengajar tentang erti Islam yang sebenar. Program yang diadakan pada 27 september yang lalu banyak mengajar erti kesabaran. Hal ini kerana saya dan rakan2 fasi yang lain terpaksa mengajar cara bersyahadah dan tahiyyat akhir dalam solat kepada mereka. Umur mereka kebanyakannya lebih tua daripada kami. Perasaan sedih juga turut timbul kerana mereka semua saudara seislam kita. Oleh itu, kerja dakwah ini perlu dilakukan dulu,kini dan selamanya. Saya harap kita semua berfikiran begitu. Insya Allah.
Bersama ustaz hanafi,,
|
|
|
|